Powered By Blogger

Friday 30 October 2015

Masalah yang dihadapi oleh usahawan selama memulakan perniagaan start-up dan selepas start-up

Masalah Pra start-up , Start-up dan Post start-up perniagaan yang dihadapi oleh usahawan

Usahawan ialah orang yang melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Dia bertanggungjawab dalam mengusaha sesuatu perusahaan samada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran atau perkhidmatan. Pendek kata usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur serta mewujudkan pasaran dan sanggup menghadapi risiko.Sebagai seorang usahawan, anda pasti tahu dan mengaku bahawa tak ada seorang usahawan pun yang dapat lepaskan diri daripada menghadapi masalah. Masalah tak akan pernah habis melanda usahawan semenjak dari mula berniaga, ketika perniagaan masih kecil sehinggalah perniagaan berkembang dan membesar.Oleh itu, saya akan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh usahawan selama memulakan perniagaan ,start-up dan selepas start-up.

Pra start-up perniagaan
Biasanya masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada pra-start-up perniagaan ialah  tidak mendapat sokongan keluarga.Ini disebabkan ,sebagai seorang usahawan perlu menghadapi risiko yang tinggi berbanding dengan pemilik perniagaan kecil, ahli keluarganya takut kegagalan apabila perniagaan tidak Berjaya dijalankan.Kedua masalah ialah tidak mempunyai modal permulaan yang mencukupi. Modal permulaan bukanlah bermakna modal yang anda perlu ada, hanya untuk memulakan perniagaan semata-mata.Tapi ia bermakna modal yang anda akan gunakan sekurang-kurangnya, sehingga anda mendapat kembali sepenuhnya modal tersebut.Modal yang paling baik adalah modal yang dapat digunakan untuk menampung perniagaan anda, untuk sekurang-kurangnya setahun dari hari ia mula beroperasi.Maka kekurangan modal akan menyebabkan perniagaan menjadi gagal .Selain itu, masalah yang dihadapi oleh usahawan ialah masalah pemilihan lokasi yang strategic. Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.Kegagalan memilih lokasi yang strategic akan menyebabkan perniagaan tidak Berjaya.

Start-up perniagaan
Untuk membangunkan sebuah perniagaan bukannya senang malah sangat rumit.Pada start-up perniagaan ,usahawan akan menghadapi masalah  melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.Usahawan perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang baru.Oleh itu usahawan kena tidak malu untuk belajar  mengejar pembaharuan itu. Di samping itu , ialah masalahi pekerja disebabkan oleh tingkah lakunya .Biasanya usahawan akan menghadapi dengan pekerja yang tak buat kerja, malas, suka ponteng, tak tahu nak buat kerja, tak berminat datang kerja, tak boleh diharapkan, tak bekerjasama dan senarainya akan datang berjela-jela.Masalah yang ketiga akan dihadapi oleh usahawan ialah masalah jualan .Apabila masalah pemasaran berjaya diselesaikan dan berjaya membuka pagar yang memisahkan antara pelanggan dengan syarikat anda, timbul pula masalah jualan. Pelanggan datang tapi tak beli. Atau pelanggan beri respon tapi tidak dilayan pula dan sebagainya.Ini merupakan antara masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada start-up perniagaan.

Post start-up
Masalah yang akan dihadapi oleh usahawan pada level ini ialah masalah kehilangan semangat. Ini merupakan masalah pada diri usahawan itu sendiri yang adakalanya datang dan pergi.Apabila perniagaan  rugi teruk, semangat untuk berniaga turun, bila banyak kerja sangat tapi tak untung, semangat juga akan mula pudar. Masalah ini perlu dihadapi dan diselesaikan walau dengan apa cara sekalipun. Kerana ia merupakan perkara paling penting nombor satu dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.Kedua masalah yang dihadapi ialah persaingan . Usahawan mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.Seterunya ialah masalah potensi berkembang. Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji dengan teliti samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi atau tidak. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa.


Kesimpulannya ,untuk menjadi seorang usahawan bukannya senang terdapat banyak masalah perlu dihadapi dan dikaji secara teliti demi kerjayaan perniagaan masa hadapan. 

Wednesday 21 October 2015

budaya keusahawanan

BUDAYA KEUSAHAWANAN - ARTIKEL 1&2

Konsep dan Definisi Budaya Keusahawanan

a) Seseorang usahawan akan sentiasa berasa tidak puas hati dengan kejayaannya. (Ahmad Berek,1979)
 - Sentiasa memperbaiki mutu kerjanya dari segi kuanliti untuk mengatasi kebolehan dan keupayaan orang lain.
- Ketidakpuasan ini akan mendorongnya untuk berusaha dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan sama ada oleh dirinya atau orang lain.

b) Seseorang usahawan mesti juga mampu mempengaruhi keadaan, persekitaran termasuk individu / institusi yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya.

c) Seseorang usahawan harus berupaya menyakinkan orang lain tentang idea barunya ataupun mempengaruhi rakan kongsi / institusi kewangan untuk menyumbangkan modal atau pinjaman bagi menjayakan rancangan barunya.

d) Usahawan juga perlu memikirkan strategi-strategi yang sesuai bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pelanggan terhadap barangan yang dikeluarkan.

e) Usahawan juga perlu meransang pekerja supaya mempunyai tahap motivasi yang tinggi untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

Seorang usahawan adalah seseorang yang berjaya menjalankan sesuatu perniagaan. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk melihat peluang yang wujud dan membangunkan peluang itu menjadi suatu perniagaan yang mendatangkan keuntungan. Seorang usahawan dikatakan berani mengambil risiko tetapi bukanlah secara mendadak dan membabi buta, disebaliknya setelah diteliti dengan cermat dan menggunakan segala pengalaman dan kemahiran yang ada padanya. Suatu ciri perwatakan yang penting mesti ada pada seseorang usahawan ialah sikap kesungguhan untuk  berjaya.

Perdebatan samada seorang usahawan itu dilahirkan dengan mempunyai ciri2 keusahawanan atau ciri2 itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari masih lagi berterusan. Tetapi pandangan secara konsesus ialah beberapa ciri keusahawanan diperolehi oleh seseorang melalui beberapa proses seperti cara seseorang dididik oleh keluarga, berinteraksi dengan kumpulan rakan, alam persekolahan pembelajaran formal, jenis subjek yang dipelajari dan alam sekeliling di dalam sesebuah masyarakat. Faktor lain yang juga menjadi penyumbang kepada seseorang untuk menceburi bidang perniagaan ialah boleh dikatakan sebagai “faktor mendorong”  (push factor), dimana sebabnya kerana kesusahan bagi seseorang itu mendapat pekerjaan misalnya telah mendorong ia untuk mencuba membuat sesuatu perniagaan dalam satu bidang yang mana ia mempunyai kemahiran atau yang difikirkan mudah dan senang diceburi.

Beberapa ciri atau sifat yang dikaitkan dengan seseorang usahawan ialah:

  • Berani mengambil risiko.
  • Memahami tentang perniagaannya dan pelanggannya.
  • Tidak takut mengalami kegagalan, tidak senang berputus asa.
  • Sentiasa mencari dan pandai mengenalpasti peluang perniagaan baru.
  • Kesungguhan untuk berusaha secara terus menerus tanpa jemu.
  • “Self Motivator” iaitu sentiasa mendorong diri sendiri untuk melakukan sesuatu.
  • Pandai merancang kehadapan.
  • Pandai menghadapi keadaan yang tidak dijangka (uncertainly).
  • Kreatif dan inovatif.
  • Tidak pemalu.
  • Cekap berkomunikasi.
  • Rajin bekerja.
  • Cekap membina jaringan (networking).
  • Mempunyai visi dan pandangan jauh.
  • Cekap dan cepat membuat keputusan.



Definisi Budaya Keusahawanan
Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Berdasarkan artikel pertama yang diperolehi dari sumber internet, budaya keusahawanan ini perlu dipupuk dan disemai kepada golongan muda pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat pengajian. Menurut  Datuk Shahiruddin Ab. Moin (2014) sekolah memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tanpa terhad kepada matlamat mencapai kecemerlangan akademik semata-mata.  Pendedahan ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti penubuhan kelab usahawan dan mewujud dan menganjurkan karnival keusahawanan.

Manakala artikel kedua menjelaskan bahawa aspek budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bukan sahaja memupuk sifat dan minat terhadap bidang keusahawanan malah dapati membina sifat kerjasama selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai selok belok pengurusan di dalam perniagaan. Perlaksanaan aspek kebudayaan ini perlu melibatkan beberapa faktor-faktor bagi mendorong perkembangan dalam bidang ini terutamanya faktor-faktor persekitaran yang kondusif yang disediakan oleh pelbagai pihak. Antara pihak yang perlu menyokong dan perkembangan keusahawanan ini seperti pihak kerajaan, media massa, institusi pengajian dan masyarakat.

Kesimpulan daripada dua artikel ini ialah aspek pembudayaan keusahawanan adalah merupakan satu proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar berusaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam usaha yang dilakukan. Budaya keusahawanan amat penting diterapkan pada golongan muda dibantu oleh pihak sekolah dan pihak yang terlibat bagi mengembangkan lagi minat dan kecenderungan terhadap aspek keusahawanan.


Sumber : 
http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140226/wp_03/Subur-budaya-keusahawanan-di-sekolah

http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130715/pe_03/Karnival-Sedekad-pupuk-budaya-keusahawanan-tambah-dana-sekolah
http://hairilhazlan.com/2011/07/08/budaya-keusahawanan/